Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/cimb-anjur-forum-bantu-pks-1.87542
Published: September 23, 2012
CIMB Bank (CIMB) yakin menarik lebih 300 pemilik perniagaan untuk
berkongsi perspektif perniagaan di Asia sempena Forum CIMB Asean SME di
Petaling Jaya, 24 September ini.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Ketua Perbankan
Penggunanya, Renzo Viegas berkata, forum berkenaan adalah contoh jelas
bagaimana rangkaian serantau boleh dimanfaatkan untuk menawarkan
pelanggan nasihat yang praktikal dalam mengembangkan lagi perniagaan di
Asia.
“Topik yang akan dibincangkan dipilih dengan teliti bagi meliputi asas melabur dan perdagangan di pasaran Asia.
Menurut statistik sekretariat Asia, perdagangan intra-Asia melebihi
RM1.53 trilion pada tahun lalu dan Komuniti Ekonomi Asia (AEC) dijangka
akan terus menjadi pemacu utama bagi pertumbuhan perdagangan intra
serantau selanjutnya.
“Disokong rangkaian cawangan terbesar di Asia dengan lebih 1,000
cawangan dan suite komprehensif bagi keupayaan perkhidmatan perdagangan
konvensional dan Islam, CIMB berada dalam kedudukan yang baik untuk
memenuhi keperluan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berkembang di
rantau ini,” katanya.
Menurutnya, PKS akan lebih fokus komponen penting AEC menjelang 2015.
Tahun ini, forum akan lebih memfokuskan kepada pasaran Indonesia,
Thailand dan Kemboja.
No comments:
Post a Comment