Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/MydinlaburRM65jbukapasarrayaborongdiGopeng/Article/index_html
Published: September 10, 2012
MYDIN Mohamed Holdings Bhd (Mydin) melabur RM65 juta bagi gedung
pasar raya borong yang dijangka dibuka di Pusat Tranformasi Luar Bandar
(RTC) Gopeng, Ipoh pada akhir November ini.
Pengarah Urusannya, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, Mydin Mall yang
dibuka di RTC Gopeng itu mempunyai konsep berbeza dengan cawangan Mydin
lain kerana pihaknya memberi tumpuan kepada jualan produk hasil
industri kecil dan sederhana (IKS).
“Pasar raya Mydin di RTC
Gopeng lebih menumpukan kepada barangan IKS, ruang jualan untuk disewa
juga kami beri kepada pengusaha IKS selain memodenkan kaedah penjualan
hasil tanaman dan ternakan seperti sayur-sayuran, ikan dan daging,”
katanya pada jamuan Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran pasar raya borong
Mydin di Gugusan Manjoi, Perak.
Beliau berkata, pembukaan cawangan itu sekali gus menjadi cawangan
ketiga Mydin di Perak selepas cawangan di Gugusan Manjoi dan di Meru
Raya, dua bulan lalu.
Katanya, pembukaan cawangan baru itu
tidak menjejaskan peniaga dan pemborong sedia ada di RTC Gopeng,
sebaliknya pihaknya berusaha membantu meningkatkan sistem jualan borong
serta peruncitan di kawasan itu supaya lebih sistematik dan mementingkan
aspek kebersihan.
“Selain itu, kami juga menempatkan lebih
banyak gerai jualan dan makanan bagi menarik kedatangan pengunjung ke
RTC berkenaan. Pada masa sama, kami menyediakan lebih 100 kios atau
gerai berkonsepkan ‘flea market’ bagi memberi peluang kepada penduduk
tempatan memasarkan produk jualan masing-masing,” katanya. - Bernama
No comments:
Post a Comment