Sunday, September 30, 2012

Usahawan India Disaran Hadiri Taklimat Pinjaman PKS Pada 7 Okt

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=698437

Published: September 30, 2012

KLANG, 29 Sept (Bernama) -- Usahawan India yang mahu mendapatkan pinjaman untuk mengembangkan perniagaan menerusi dana khas RM180 juta telah dipelawa menghadiri taklimat mengenai proses permohonan di Dewan Hokkien di sini pada 7 Okt.

Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI) Datuk Kenneth Eswaran berkata wakil dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Tekun Nasional dan SME Corp Malaysia, akan turut serta untuk memberi taklimat kepada mereka.

Acara itu, bermula dari pukul 8 pagi dan ia dianjurkan oleh MAICCI dengan sokongan Dewan Perdagangan dan Perindustrian India Selangor dan beberapa persatuan perdagangan dan bukan kerajaan India di Selangor.

Dalam taklimat itu, para usahawan juga boleh mendapatkan nasihat berhubung peruntukan RM8 juta untuk perniagaan francais perniagaan menerusi satu skim pinjaman kecil.

Taklimat yang serupa juga akan diadakan di Johor Baharu pada Ahad.

-- BERNAMA

No comments: