Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/50-pelatih-giat-mara-akan-menjadi-perintis-usahawan-bergerak-1.86353
Published: September 19, 2012
KUANTAN - Seramai 50 pelatih Giat Mara akan menjadi perintis program
usahawan bergerak menerusi peruntukan yang diluluskan Unit Perancangan
Ekonomi Jabatan Perdana Menteri.
Menyatakan demikian, Pengerusi Giat Mara Datuk Shahiruddin Ab Moin
berkata, sebanyak RM500,000 telah diluluskan untuk program itu.
Bercakap kepada pemberita di sini, hari ini beliau berkata, untuk
permulaan pelatih Giat Mara yang terpilih akan dibekalkan dengan modal
asas sebanyak RM10,000 dan peralatan dalam bidang kemahiran
masing-masing.
Sebagai contoh katanya, pelatih yang mempunyai kemahiran menggunting
rambut tidak perlu membuka kedai tetapi hanya memerlukan peralatan dan
terus ke kawasan kampung dengan menggunakan motosikal untuk menawarkan
perkhidmatan tersebut.
Dalam pada itu katanya, Giat Mara juga akan menghantar pelatih-pelatih
lain menjalani latihan praktikal ke premis-premis kemahiran bersesuaian
dengan permintaan dan minat pelatih.
Katanya, setiap pelatih berkenaan akan diberi elaun sebanyak RM200
sementara premis yang menerima pelatih berkenaan juga diberi elaun
RM200.- Bernama
No comments:
Post a Comment