Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Wawasanitaperluasoperasi/Article/index_html
Published: September 18, 2012
PROGRAM dari Soho ke Sogo diperkenalkan Persatuan Usahawan Wawasan
Wanita Malaysia (Wawasanita) dan Shamshul Smart Ventures untuk membantu
golongan ibu tunggal mengembangkan perniagaan, dijangka meluaskan
operasi dengan membuka cawangan bagi menempatkan barangan dihasilkan
semua ahli menjelang akhir tahun ini.
Pengelola program, Shamshul Bahril berkata, sebelum ini kebanyakan
usahawan yang menyertai program berkenaan menjalankan perniagaan tanpa
menilai beberapa aspek utama seperti kos, keuntungan dan harga yang
tepat.
“Semua usahawan ini mempunyai produk yang bagus dan
antara mereka mempunyai kemahiran istimewa. Namun, kerana tiada bantuan
yang tepat, mereka hanya menjalankan perniagaan dalam kelompok sendiri
dan tidak dapat mengembangkannya ke pasaran lebih besar,” katanya kepada
Bisnes Metro di Kuala Lumpur.
Menurutnya, berikutan itu, pihaknya mengambil keputusan untuk
memilih dan membimbing usahawan yang sudah bersedia memasarkan produk
mereka ke pasaran lebih luas.
“Sebagai permulaan, kami
menawarkan mereka ruang perniagaan di pusat beli-belah terkemuka Sogo
supaya mereka lebih bersedia untuk berdepan pelanggan dan pasaran yang
luas serta pada masa sama dapat menaik taraf produk masing-masing,”
katanya.
No comments:
Post a Comment