KUALA LUMPUR, 25 Sep (Bernama) -- Perusahaan kecil dan sederhana (PKS)
mahukan lebih banyak program bantuan kerajaan dalam Bajet 2013 untuk
membantu membangunkan perniagaan mereka, kata satu kajian oleh United
Overseas Bank (M) Bhd (UOB).
Source from (Bernama): http://smeshack.bernama.com/newsBm.php?id=697255
Published: September 25, 2012
Kajian PKS UOB 2012 berkata PKS mahu kerajaan memudahkan mereka
mendapat akses kepada pinjaman dan pembiayaan serta memberikan insentif
cukai untuk membantu pelan pengembangan mereka dan memberi daya tahan
daripada potensi risiko dalam keadaan global yang tidak menentu.
Kajian itu dijalankan ke atas 450 pemilik PKS Malaysia dari pelbagai
sektor untuk mendapatkan pandangan mereka tentang keadaan perniagaan dan
ekonomi serta kepentingan perniagaan utama untuk 2013.
Dalam satu kenyataan Selasa, UOB berkata responden juga menarafkan Dana
Pembiayaan PKS (40 peratus) dan Dana Pemulihan PKS (37 peratus) sebagai
dua inisiatif kerajaan terbaik yang memberikan impak positif kepada
pertumbuhan PKS.
UOB berkata kajian itu menunjukkan bahawa 41 peratus daripada PKS
adalah optimistik tentang unjuran perniagaan bagi tiga tahun akan
datang.
Bank itu berkata keyakinan PKS pada potensi pertumbuhan jangka
sederhana bagi sektor itu disokong oleh asas ekonomi yang kukuh (24
peratus), Program Transformasi Kerajaan (18 peratus) dan kemudahan
menjalankan perniagaan (17 peratus).
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment