Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Mekanismekawalhargabarang/Article/index_html
Published: September 26, 2012
“MEKANISME yang tepat perlu diambil bagi mengawal harga barang
terutama bahan mentah kerana ia membabitkan bukan saja pengguna, tetapi
pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS),” kata Pengarah Urusan
Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Datuk Zabidah Ismail.
Beliau berkata, diharap bajet kali ini bukan saja dapat membantu
usahawan IKS dari segi memberi pembiayaan untuk perniagaan, tetapi juga
terhadap pengawalan harga bahan mentah.
“Dalam konteks AIM,
kita banyak membantu masyarakat yang berpendapatan rendah untuk menjana
pendapatan melalui perniagaan walaupun secara kecil-kecilan dan jika
harga bahan mentah tidak menentu serta naik sewenangnya tanpa kawalan
pihak berkuasa sudah pasti ia memberi kesan kepada peniaga dan pengguna
itu sendiri.
“Jadi kalau harga barangan atau bahan mentah meningkat, secara
tidak langsung margin keuntungan mereka menurun. Oleh itu, mekanisme
yang sesuai perlu dilaksanakan,” katanya.
No comments:
Post a Comment