SINGAPURA, 26 Sept (Bernama) -- RHB Bank Rabu melancarkan perkhidmatan
kewangan baharu, BizPower, yang menyasarkan keperluan kewangan khusus
perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=697639
Published: September 27, 2012
Ketua perbankan perniagaannya Wong Hsun-Min berkata walaupun ekonomi
dikatakan suram, banyak PKS di Singapura masih aktif mencari peluang
pertumbuhan.
"Masih ada keyakinan dalam pasaran dan pemilik PKS mahu lebih banyak
akses yang fleksibel untuk dana dalam usaha untuk merebut
peluang-peluang apabila muncul. Dan situasi inilah di mana RHB Bank
berharap untuk memainkan peranan," katanya.
Perkhidmatan kewangan BizPower itu termasuk pinjaman perniagaan pertama
seumpamanya di Singapura di mana PKS mempunyai pilihan menyesuaikan
pakej pinjaman mereka mengikut perniagaan dan kekuatan modal mereka.
Ini bermakna PKS lebih kecil mempunyai pilihan mengambil pinjaman
bercagar separa untuk menurunkan kadar faedah mereka, melengkapi
pinjaman perniagaan biasa tanpa cagaran.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment