Tuesday, September 25, 2012

Mekanisme kawal harga barang

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Mekanismekawalhargabarang/Article/index_html

Published: September 26, 2012

“MEKANISME yang tepat perlu diambil bagi mengawal harga barang terutama bahan mentah kerana ia membabitkan bukan saja pengguna, tetapi pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS),” kata Pengarah Urusan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Datuk Zabidah Ismail.

Beliau berkata, diharap bajet kali ini bukan saja dapat membantu usahawan IKS dari segi memberi pembiayaan untuk perniagaan, tetapi juga terhadap pengawalan harga bahan mentah.

“Dalam konteks AIM, kita banyak membantu masyarakat yang berpendapatan rendah untuk menjana pendapatan melalui perniagaan walaupun secara kecil-kecilan dan jika harga bahan mentah tidak menentu serta naik sewenangnya tanpa kawalan pihak berkuasa sudah pasti ia memberi kesan kepada peniaga dan pengguna itu sendiri.

“Jadi kalau harga barangan atau bahan mentah meningkat, secara tidak langsung margin keuntungan mereka menurun. Oleh itu, mekanisme yang sesuai perlu dilaksanakan,” katanya.

No comments: