Tuesday, September 11, 2012

70,000 penjaja, peniaga dibantu

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Utara/20120911/wu_01/70000-penjaja-peniaga-dibantu

Published: September 11, 2012, 2012

IPOH 10 Sept. - Majlis Perundingan Penjaja dan Peniaga Kecil Perak yang baru ditubuhkan bakal memayungi serta memanfaatkan kira-kira 70,000 peniaga di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan, Usahawan, Pelancongan, Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Datuk Hamidah Osman berkata, majlis yang dipengerusikan beliau itu telah dibentuk di bawah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

"Tidak lama lagi, kita akan menubuhkan jawatankuasa peringkat negeri untuk mula menjalankan pelbagai aktiviti. Ini disebabkan kita melihat golongan penjaja kecil turut membantu ke arah pembangunan ekonomi negeri," katanya.

Beliau berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia Negeri Perak (PPPKMMNP) di sini baru-baru ini.

Hadir sama Yang Dipertua merangkap Timbalan Pengerusi PPPKMMNP, Datuk Omar Ahmad.

Sementara itu, Omar berharap penubuhan majlis tersebut dapat membantu pembangunan golongan penjaja dalam bentuk pemberian geran serta kelulusan pinjaman kecil dalam tempoh singkat.

"Setakat ini, persatuan mempunyai 20,000 ahli aktif dan bilangan itu hanya 30 peratus daripada bilangan keseluruhan penjaja dan peniaga kecil di Perak," katanya.

No comments: