Tuesday, September 18, 2012

Pikat 10,000 pelanggan PKS

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pikat10_000pelangganPKS/Article/index_html

Published: September 18, 2012

PACKET One Networks (Malaysia) Sdn Bhd (P1), penyedia jalur lebar 4G pertama negara yakin produk khusus bagi segmen perniagaannya, ForBiz Fiber P1 dapat menarik minat lebih 10,000 pelanggan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam 12 bulan akan datang.

Produk Internet fiber yang direka khas untuk PKS itu diperkenalkan awal Ogos lalu dan menawarkan rangkaian jalur lebar terpantas selain caj termurah serendah RM99 sebulan membabitkan beberapa pelan seperti RM199, RM229 serta RM429 masing-masing bagi pakej 10 hingga 20 Megabit sesaat (Mbps).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Michael Lai berkata, serentak pelancaran pelan perniagaan itu, pihaknya turut menjelajah di beberapa lokasi utama di seluruh Malaysia bagi menganjurkan seminar khusus kepada PKS.

No comments: