Tuesday, September 25, 2012

Halfest Sasar 20 Peniaga PKS Bumiputera Sertai MIHAS 2014

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=697214

Published: September 25, 2012

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Fiesta Halal Malaysia (Halfest) menyasarkan 20 peniaga kecil dan sederhana kecil Bumiputera menyertai Pameran Halal Antarabangsa (MIHAS) pada 2014.

Untuk melayakkan produk mereka dipamerkan dan dipasarkan ke peringkat antarabangsa, para peniaga ini haruslah menyertai Halfest selama tiga tahun berturut-turut dan mendapat pemantauan daripada pihak penganjur.

Ketua Pegawai Eksekutif Shapers Malaysia Sdn Bhd, yang juga pengasas Halfest, Mohd Shukri Abdullah berkata Halfest bukan sahaja berfungsi sebagai hos projek malah ia juga memainkan peranan sebagai penggerak projek untuk menaik taraf peniaga kecil dan sederhana kecil.

"Ia merupakan salah satu daripada petunjuk utama prestasi (KPI) Halfest," katanya.

Mohd Shukri berkata Halfest mahu bertindak sebagai sebuah platform kepada peniaga yang kebanyakannya terdiri daripada penduduk kampung yang kurang mendapat pendedahan untuk memperluaskan peniagaan.

"Halfest 2012 bakal dianjurkan sekali lagi pada kali kedua, iaitu pada 10-14 Oktober. Sebanyak 700 gerai ditawarkan mengambil bahagian berbanding 500 tahun lepas," katanya pada sidang media Selasa.

-- BERNAMA

No comments: