Sunday, September 23, 2012

Ikhlas, positif kunci kejayaan

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/ikhlas-positif-kunci-kejayaan-1.87442

Published: September 23, 2012
NORSHAHZURA MAT ZUKI

Ikhlas, positif kunci kejayaan
Dari kiri: Abdul Jammi, Timbalan Pengerusi Karangkraf, Nasir Hamzah 
dan Hussamuddin ketika sesi penerangan oleh Pengarah Eksekutif Grup 
Digital Karangkraf, Syamil Fahim

HAH ALAM – Setiap individu yang ingin berjaya dalam bidang perniagaan perlu ikhlas dan positif dengan menjadikan setiap masalah berlaku sebagai pemangkin untuk mencapai kejayaan diimpikan.

Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, kejayaan dinikmatinya kini adalah usaha berterusan yang dilakukan dan keikhlasan beliau untuk membantu rakyat Malaysia membaca.

Menurutnya, setelah berkecimpung dalam dunia penerbitan sejak beberapa dekad, Kumpulan Media Karangkraf menyediakan kepada pembaca dengan pelbagai jenis bahan bacaan yang bersesuaian dengan pelbagai peringkat umur.

“Setiap usahawan perlu banyak membaca, berdisiplin, bijak mencari peluang untuk mencapai kejayaan yang diimpikan,” katanya kepada usahawan sempena Program Sepetang Bersama Datuk Hussamuddin Yaacub di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, semalam.

Program yang dianjurkan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dihadiri seramai 30 usahawan.

Pengurus Besar Perkhidmatan Korporat PUNB, Abdul Jammi Abdul Karim yang hadir ke program itu berharap usahawan dapat menjadikan kejayaan Hussamuddin sebagai panduan.

Dalam program itu, kesemua usahawan berpeluang melihat sendiri proses penerbitan di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf.

No comments: