Wednesday, September 19, 2012

Pemilikan wanita dalam PKS rendah

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20120919/ek_07/Pemilikan-wanita-dalam-PKS-rendah

Published: September 19, 2012

PUTRAJAYA 18 Sept. - Dominasi lelaki dalam perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sukar dinafikan apabila bancian terbaru mendapati penglibatan wanita dalam sektor itu hanya 19.7 peratus daripada keseluruhan 645,136 PKS di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, penglibatan wanita Malaysia dalam PKS itu jauh lebih rendah berbanding negara-negara lain seperti Taiwan (36.2 peratus) dan Australia (31.5 peratus).

Bagaimanapun tambahnya, beliau secara keseluruhannya berpuas hati dengan penglibatan wanita dalam sektor ekonomi negara.

"Saya gembira dengan penglibatan wanita dalam ekonomi secara keseluruhannya yang mana wanita banyak menyertai sektor awam dan profesion perguruan.

"Jumlah wanita ke universiti mencecah 65 peratus atau 70 peratus, keadaan ini adalah amat berbeza dengan keadaan ketika zaman awal merdeka," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Laporan Banci PKS 2011 di sini hari ini.

Beliau berkata, banci dilakukan tahun lalu merekod sejumlah 645,136 PKS yang mana 90 peratus menjalankan perniagaan dalam sektor perkhidmatan; pembuatan (5.9 peratus); pembinaan (tiga peratus); pertanian (satu peratus) serta perlombongan dan kuari (0.1 peratus).

Laporan profil PKS itu boleh dimuat turun daripada laman web Jabatan Perangkaan iaitu www.statistics.gov.

No comments: