Tuesday, September 18, 2012

Wawasanita perluas operasi

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Wawasanitaperluasoperasi/Article/index_html

Published: September 18, 2012

PROGRAM dari Soho ke Sogo diperkenalkan Persatuan Usahawan Wawasan Wanita Malaysia (Wawasanita) dan Shamshul Smart Ventures untuk membantu golongan ibu tunggal mengembangkan perniagaan, dijangka meluaskan operasi dengan membuka cawangan bagi menempatkan barangan dihasilkan semua ahli menjelang akhir tahun ini.

Pengelola program, Shamshul Bahril berkata, sebelum ini kebanyakan usahawan yang menyertai program berkenaan menjalankan perniagaan tanpa menilai beberapa aspek utama seperti kos, keuntungan dan harga yang tepat.

“Semua usahawan ini mempunyai produk yang bagus dan antara mereka mempunyai kemahiran istimewa. Namun, kerana tiada bantuan yang tepat, mereka hanya menjalankan perniagaan dalam kelompok sendiri dan tidak dapat mengembangkannya ke pasaran lebih besar,” katanya kepada Bisnes Metro di Kuala Lumpur.

Menurutnya, berikutan itu, pihaknya mengambil keputusan untuk memilih dan membimbing usahawan yang sudah bersedia memasarkan produk mereka ke pasaran lebih luas.

“Sebagai permulaan, kami menawarkan mereka ruang perniagaan di pusat beli-belah terkemuka Sogo supaya mereka lebih bersedia untuk berdepan pelanggan dan pasaran yang luas serta pada masa sama dapat menaik taraf produk masing-masing,” katanya.

No comments: