Tuesday, September 25, 2012

1,663 wanita Perak sertai latihan kemahiran

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Utara/20120925/wu_02/1663-wanita-Perak-sertai-latihan-kemahiran

Published: September 25, 2012

IPOH 24 Sept. - Seramai 1,663 wanita di negeri ini telah mengikuti latihan kemahiran dalam pelbagai bidang anjuran Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK).

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Hamidah Osman berkata, penglibatan wanita dalam pelbagai program yang dianjurkan MPWK itu bertujuan memberi latihan dan bimbingan kemahiran agar ia dapat meningkatkan kemahiran dalam usaha memperkasakan ekonomi mereka.

Malah, katanya, sehingga kini seramai 51 peserta telah menerima bantuan geran MPWK melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) bagi membantu golongan itu terutama ibu tunggal yang berpendapatan rendah meningkatkan pendapatan diri dan keluarga.

"Latihan kemahiran bersesuaian yang disediakan kepada golongan ini menjadi medium kepada mereka meningkatkan pendapatan melalui perniagaan secara kecil-kecilan.
...
Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

No comments: