Wednesday, September 26, 2012

Keyakinan tinggi dorong PKS tingkatkan perniagaan serantau

KUALA LUMPUR 25 Sept. - Keyakinan terhadap prospek perniagaan dalam jangka sederhana mendorong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia meneruskan rancangan mengembangkan perniagaan di dalam negeri dan kawasan serantau.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20120926/ek_05/Keyakinan-tinggi-dorong-PKS-tingkatkan-perniagaan-serantau
Published: September 26, 2012

Menurut kaji selidik yang dijalankan oleh United Overseas Bank (Malaysia) Bhd. (UOB) (PKS UOB 2012), mendapati 41 peratus daripada pemilik PKS bersikap optimis terhadap prospek perniagaan untuk tiga tahun akan datang, dengan 28 peratus daripada responden menyatakan pandangan amat positif terhadapnya.

''24 peratus responden berkata bahawa keyakinan mereka terhadap potensi pertumbuhan jangka sederhana bagi sektor PKS disokong oleh dasar ekonomi yang kukuh, 18 peratus yakin terhadap Program Transformasi Kerajaan dan akses mudah untuk berniaga (17 peratus).

''Faktor-faktor tersebut penting untuk menyokong pelan perkembangan bagi dua pertiga (66 peratus) daripada PKS. Responden menyatakan mereka berhasrat untuk membangunkan perniagaan dalam tempoh tiga tahun akan datang.

''Daripada jumlah ini, lebih daripada separuh (55 peratus) berkata bahawa mereka akan memperluaskan perniagaan di dalam negeri, manakala 20 peratus lagi akan menerokai pasaran negara ASEAN,'' katanya.
Tambah kenyataan itu, kaji selidik ini mencerminkan keyakinan PKS Malaysia terhadap daya ketahanan ekonomi negara.

No comments: