Thursday, April 26, 2012

Produk tempatan perlu berbeza

Source From (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/produk-tempatan-perlu-berbeza-1.43110

Published: on 26 April 2012
NORHANA FARIZA HARUN

Muhyiddin menyampaikan trofi kepada Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Datuk Rohana Rozhan selepas memen
Muhyiddin menyampaikan trofi kepada Ketua Pegawai 
Eksekutif Astro, Datuk Rohana Rozhan selepas 
memenangi Jenama Tahunan Putra 2012, di Petaling Jaya.

Dalam memberi pengiktirafan ke atas produk dan jenama pilihan ramai pengguna, Persatuan Ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4A’s) buat kali ketiga menyampaikan 87 trofi sempena penganjuran Putra Brand Awards 2012.
Acara tahunan itu turut mendapat kerjasama daripada Jenama Paling Berharga Malaysia (MMVB), disokong Persatuan Penjenamaan Malaysia (BAM), Persatuan Pengiklan Malaysia (MAA) dan Persatuan Pakar Media (MSA) serta disahkan Perbadanan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade). 
 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, melalui majlis pengiktirafan sebegini, diharap lebih banyak syarikat terutama produk tempatan akan melabur dalam membina jenama, meluaskan perniagaan seterusnya mendekatkan diri bersama pengguna dengan cara baru yang lebih menarik.
 
“Di Malaysia khususnya, kita mempunyai kejayaan tersendiri. AirAsia adalah salah satu contoh jenama paling mengagumkan bukan sahaja dalam malah luar negara. Selain itu, jenama lain seperti Petronas, DiGi, Maxis dan Celcom juga kini sedang mengembangkan kehadirannya bagi meningkatkan pengiktirafan antarabangsa.

“Adalah penting untuk kita membangunkan industri kreatif dalam memartabatkan lagi jenama tempatan ke arah global,”katanya melalui teks ucapan yang dibacakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.
 
Putra Brand Awards 2012 menyaksikan Astro mengungguli kategori utama iaitu diiktiraf Jenama Tahunan Putra ekoran inovasi terbaik ditunjukkan dan memenuhi tanggung jawab sosial korporatnya.
 
Dua lagi kategori utama iaitu Jenama Harapan Tahunan Putra dinobatkan kepada jenama fesyen dan aksesori terkenal, Bonia, Syarikat penerbangan komuniti, FireFly, produk kesihatan, Ogawa, barangan elektrik dan elektronik, Pensonic, dan jenama kasut dan aksesori, Vincci. Manakala kopitiam, Old Town White Coffee memenangi Jenama Harapan Tahunan Putra (Emas).
 
Sen Q pula memenangi anugerah bagi kategori Jenama Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) Tahunan Putra. Sebanyak 20 kategori dipertandingkan dan setiap kategori diiktiraf emas, perak dan gangsa yang dipilih kira-kira 6000 pengguna melalui kajian dengan kaedah khusus yang dibangunkan Kumpulan Pulse.

No comments: