Tuesday, April 10, 2012

200 pengedar

Source From (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2012041000323320120410003233/Article/index_html

Published: on 10 April 2012
Oleh Sri Ayu Kartikawati Amri
kartika@hmetro.com.my

ATOM 79 Worldwide Sdn Bhd, syarikat milik penuh Bumiputera yang menyediakan perkhidmatan menjual emas pada harga kilang menyasarkan untuk melantik 200 pengedar di seluruh negara tahun ini berbanding 20 pengedar aktif sekarang.

Pengarahnya, Azrul Ab Wahab berkata, pengedar sedia ada ketika ini beroperasi di Lembah Klang, Pahang, Kedah dan Pulau Pinang, namun syarikat masih membuka peluang kepada mereka yang berminat.

Beliau berkata, selain menjual emas pada harga berdaya saing, pihaknya turut membeli emas dan surat pajak serta menyediakan khidmat penghantaran percuma selain mencetak emas dinar mengikut jenama dikehendaki pelanggan.

“Kami menjual emas tulen 24 dan 22 karat manakala emas dalam bentuk barang kemas, dinar atau jongkong adalah 999 dan 916. Paling penting kami menyediakan perkhidmatan menjual barang kemas, jongkong emas, dinar dan sebagainya kepada pengedar pada harga kilang yang lebih rendah serta konsisten berbanding pesaing.

“Kami juga menjamin ketulenan emas yang dijual dan sentiasa memastikan syarikat mampu mengawal kos operasi yang rendah selain bersedia memberi bimbingan serta latihan kepada pengedar sah,” katanya.

Menurutnya, syarikat juga akan mengembangkan perniagaan melalui pesanan berulang daripada pengedar dan mereka yang berminat boleh melayari www.kilangemas.com.my bagi mendaftar secara online.

No comments: