Tuesday, April 24, 2012

RM2b untuk PKS

Source From (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/RM2buntukPKS/Article/index_html

Published: on 25 April 2012
Oleh Muhamaad Razis Ismail
razis@hmetro.com.my

BERI GALAKAN...Muhyiddin, Dr Awang Adek (tiga dari kiri) dan Mustapa (lima dari kiri) bersama penerima anugerah dan dana Usahawan Mikro Cemerlang Negeri Kelantan, semalam.
BERI GALAKAN...Muhyiddin, Dr Awang Adek 
(tiga dari kiri) dan Mustapa (lima dari kiri) bersama 
penerima anugerah dan dana Usahawan Mikro 
Cemerlang Negeri Kelantan, semalam. 

LEBIH banyak pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang layak memohon akan mendapat manfaat kos pinjaman yang lebih rendah daripada institusi perbankan Islam yang mengambil bahagian dalam Skim Pembiayaan Syariah dengan peruntukan RM2 bilion.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dana RM2 billion itu ditawarkan bermula semalam dalam bentuk rebat dua peratus bagi permohonan pembiayaan berjumlah sehingga RM5 juta yang diluluskan sehingga 2013.

“Skim ini diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika pembentangan Bajet 2012 itu akan diuruskan 13 institusi perbankan Islam bermula semalam. Kerajaan Persekutuan akan membiayai dua peratus daripada kadar keuntungan pembiayaan oleh bank yang dikenakan kepada pengusaha PKS,” katanya ketika melancarkan skim itu dan merasmikan Himpunan Usahawan Mikro, Kredit dan Sederhana Negeri Kelantan di Bachok, semalam.
Turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, Pengerusi SME Corporation Malaysia (SME Corp), Datuk Dr Mohamed Al-Amin Majid dan Presiden Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM), Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid.

Muhyiddin berkata, skim itu mendapat sokongan padu AIBIM dan SME Corp Malaysia dan ia mencerminkan kesungguhan pihak swasta yang menyokong usaha Kerajaan Persekutuan untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi negara.

Beliau berkata, Malaysia mempunyai sistem kewangan Islam yang lengkap merangkumi takaful dan perniagaan saham dalam Bursa Saham Kuala Lumpur dan juga mempunyai pasaran kewangan antarabangsa di Labuan yang memainkan peranan penting dalam perkembangan pasaran wang antarabangsa. “Skim ini juga jelas menunjukkan Barisan Nasional amat komited dalam menghulurkan bantuan kepada rakyat di segenap lapisan masyarakat. Malah, menariknya, pelancaran skim ini dibuat di bumi Kelantan kerana Kerajaan Persekutuan merasakan bahawa ia begitu relevan dan amat berkaitan dengan semangat keusahawanan yang dimiliki oleh penduduk negeri ini,” katanya.

Majlis itu turut mengumumkan penerima Anugerah Usahawan Mikro Cemerlang Negeri Kelantan, Maizatul Akmal Abdul Ghani yang pernah menerima bantuan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) dan kini mampu meraih pendapatan sehingga RM200,000 sebulan bagi perniagaan jahitan pakaian serta kopiah.

No comments: