Source From (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0623&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_01.htm
Published: on 23 Jun 2012
KUALA LUMPUR 22 Jun - Pameran Inovasi Perusahaan Kecil dan Sederhana
(SMIDEX 2012) berjaya merekodkan peningkatan jualan berpotensi sebanyak
20 peratus kepada RM233 juta, berbanding RM194.7 juta yang dicatatnya
tahun tahun lalu.
Acara tahunan anjuran SME Corporation Malaysia Bhd. (SME Corp.) itu
berjaya mengatasi sasaran awal jualan berpotensi iaitu RM220 juta.
Menurut Pengerusi SME Corp. Datuk Ir. Mohamed Al Amin Abdul Majid,
sebanyak 462 gerai pameran dengan 249 syarikat telah menyertai pameran
tersebut.
Antara sektor yang mencatat jualan paling tinggi adalah makanan dan
minuman, teknologi maklumat dan komunikasi serta industri automotif,"
katanya pada sidang akhbar sempena penutupan SMIDEX 2012 di sini hari
ini.
No comments:
Post a Comment