Source From (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Rakutencari50peruncit/Article/index_html
Published: on 22 Jun 2012
RAKUTEN Malaysia Sdn Bhd, anak syarikat peneraju perkhidmatan
e-dagang terulung Jepun, Rakuten Inc menyasarkan untuk mempunyai antara
30 hingga 50 peruncit yang akan menjual barangan mereka dalam Rakuten
Online Shopping (ROS) menjelang akhir tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Masaya Ueno (gambar) berkata menerusi
ROS konsumer boleh mendapatkan pelbagai jenis produk terdiri daripada
elektrik dan elektronik, makanan, pakaian dan bermacam lagi dari
peruncit yang mempunyai perniagaan kukuh.
Katanya, pasaran
e-dagang di Malaysia juga dijangka akan terus meningkat sekali ganda
dalam tempoh tiga atau empat tahun akan datang dan yakin dapat berkongsi
pengamalan dan pengetahuan Rakuten yang sudah 15 tahun membangunkan
e-dagang di Jepun dan beberapa negara lain.
“E-dagang di bawah Rakuten adalah ketiga yang terbesar di
peringkat antarabangsa dari segi pendapatan dan kami komited untuk
memindahkan kepakaran dalam industri ini di Malaysia terutama dengan
sokongan serta kerjasama yang diterima oleh pihak dari segmen logistik,”
katanya.
“Malah, Malaysia adalah pasaran menarik ekoran
kestabilan ekonomi dan prasarana yang lengkap bagi pembangunan e-dagang
termasuk Internet, logistik dan kemudahan pembayaran dalam talian,”
katanya pada Bisnes Metro kelmarin.
Menurutnya, menerusi
ROS juga pengusaha kecil dan sederhana (PKS) di negara ini akan mendapat
manfaat daripada e-dagang itu kerana pasaran Rakuten bukan saja di
negara ini, malah kukuh di Brazil, Perancis, Jerman, Indonesia, Taiwan,
Thailand, United Kingdom dan Amerika Syarikat selain beberapa negara di
sekitar Timur Tengah.
No comments:
Post a Comment