Source From (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0603&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_01.htm
Published: on 03 Jun 2012
JAKARTA 2 Jun — Empat belas francaisi yang berpotensi dari Indonesia
berminat untuk menjalankan perniagaan francais jenama Malaysia pada hari
pertama acara persidangan dan ekspo antarabangsa tentang francais,
lesen dan konsep perniagaan (IFRA 2012) di sini pada Jumaat.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk
Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, potensi itu membabitkan nilai produk
berjumlah RM8.6 juta.
Jumlah itu lebih tinggi berbanding pencapaian pada tahun lalu yang bernilai RM5.36 juta.
"Produk francais jenama Malaysia yang diminati kali ini termasuklah
sistem keselamatan produk bio-organik, produk kesihatan, perabot dan
makanan," katanya selepas melawat acara IFRA 2012, pada Sabtu.
Ismail Sabri, yang turut mengadakan perbicangan dengan Menteri
Koperasi dan Perusahaan Kecil dan Sederhana Indonesia Syarifuddin Hasan
berkata, Malaysia dan Indonesia sedang di peringkat akhir menyiapkan
memorandum persefahaman kerjasama dalam bidang koperasi. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment