Source From (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PKSMalaysia_Indonesiasalingmelengkapi/Article/index_html
Published: on 10 April 2012
KERJASAMA sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia dan
Indonesia boleh membawa faedah yang lebih jauh daripada hubungan
perdagangan dan pelaburan dua hala.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa
Mohamed berkata, kerjasama itu boleh dimulakan dengan perniagaan
usahasama seperti pembukaan kilang di Indonesia untuk mengambil peluang
daripada penggunaan domestik yang besar di Indonesia dan dikembangkan
untuk pengeluaran bagi pasaran Asean.
“Syarikat PKS harus
memanfaatkan kelebihan masing-masing untuk saling melengkapi dalam
kerjasama ekonomi dalam perniagaan dan perdagangan, sesuai dengan
matlamat pembentukan Masyarakat Ekonomi Asean (AEC) yang direalisasikan
pada 2015,” katanya di Surabaya, Indonesia.
No comments:
Post a Comment