Friday, June 22, 2012

Pelan induk disediakan bagi menetapkan hala tuju, kemajuan PKS

Source From (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/pelan-induk-disediakan-bagi-menetapkan-hala-tuju-kemajuan-pks-1.58831

Published: on 22 Jun 2012

Datuk Seri Najib Tun Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan telah menetapkan hala tuju dan kemajuan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini.

Perdana Menteri berkata pelan itu akan memberi fokus mewujudkan satu ekosistem yang memboleh dipercepatkan pertumbuhan PKS melalui peningkatan produktiviti dan inovasi.

"Salah satu matlamat strategik di bawah pelan itu ialah untuk menggalakkan inovasi dan mengguna pakai teknologi oleh PKS," katanya semasa menyampaikan ucaptama melancarkan SMIDEX 2012, Persidangan PKS Asean-India dan Minggu PKS 2012 di sini hari ini.

Najib berkata satu Majlis Pembangunan PKS di bawah Jabatan Perdana Menteri juga ditubuhkan bagi mengawasi usaha PKS kebangsaan.

"Para wakil dari sektor swasta serta agensi kerajaan diwakili dalam majlis itu bagi memastikan kita melaksanakan dasar-sadar yang bermakna, relevan dan pratikal," katanya. - Bernama

No comments: