Source From (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/AlliancekomitedbantuPKS/Article/index_html
Published: on 07 Jun 2012
ALLIANCE Bank, komited untuk membantu lebih ramai pengusaha
perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini apabila
memperkenalkan Kad Platinum MyBusiness iaitu kad kredit perniagaan
bergambar pertama yang membolehkan mereka meletakkan gambar, logo atau
produk syarikat di muka hadapan kad itu.
Ketua Perbankan Perniagaan Kecil & Sederhananya, Steve Miller
berkata, ia adalah ruang utama bagi penjenamaan dan menghasilkan
pendedahan yang besar kepada syarikat setiap kali mereka menggunakan kad
terbabit ketika membuat pembelian.
Katanya, bank juga akan
terus membantu komuniti PKS secara menyeluruh melalui dialog dan
seminar perniagaan yang berfaedah dengan dewan perniagaan tempatan dan
segmen PKS yang baru muncul seperti Usahawan Wanita dan Usahawan Remaja.
“Kami berasa teruja melihat semangat yang ditunjukkan oleh PKS
terhadap perniagaan yang dibina selama ini apabila kami berurusan dengan
mereka dan ini menggalakkan kami untuk memikirkan cara bagaimana kami
boleh menggabungkan semangat ini dengan sesuatu yang boleh dibawa ke
mana saja, sama ada dalam atau ke luar negara. “Jenama Alliance
tidak akan diletakkan di muka hadapan kerana kami mahu memberikan ruang
ini kepada pelanggan yang kami hargai. Malah, pelanggan sekarang mahu
melihat pembekal produk atau perkhidmatan mereka sentiasa dapat memenuhi
keperluan dan permintaan mereka yang sentiasa berubah,” katanya dalam
satu kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.
Menurutnya,
kegagalan untuk menyesuaikan diri dalam realiti yang baru ini bukan saja
menyebabkan kehilangan peluang perniagaan, malah meluaskan lagi jurang
perbezaan dengan peneraju industri yang semakin berkembang pesat.
No comments:
Post a Comment