Saturday, June 30, 2012

BMI yakin jualan meningkat melalui SME 2012

Source From (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/bmi-yakin-jualan-meningkat-melalui-sme-2012-1.61932

Published: on 30 Jun 2012
Wartawan Sinar Harian

Optimis capai RM22j
Mustapa (dua, kanan) meninjau gerai pempamer sambil 
diperhatikan Pengerusi BMI, Datuk Rozali Isohak (kanan), semalam.

Selari dengan penganjuran Ekspo Penyelesaian Perusahaan Kecil Sederhana (SME) 2012, Business Media International (BMI) optimis potensi jualan meningkat kepada RM22 juta.

Ketua Pengarang BMI, William Ng berkata, jualan bagi tahun lepas merekodkan RM18 juta dengan kehadiran 12,000 pelawat serta 120 pempamer melibatkan 200 ruang pameran.

Katanya, sama seperti tiga tahun sebelum ini, selain pempamer tempatan, ia turut melibatkan 70 peserta dari Brunei, Singapura, Thailand dan Indonesia. 17 peratus daripadanya adalah penyedia penyelesaian teknologi maklumat.

“Persidangan bertemakan ‘Back to Basics’ menampilkan tokoh dan pemimpin industri terkenal akan berkongsi tip dan hala tuju bagi membantu usahawan serta pengusaha SME dalam pengurusan
perniagaan mereka,” katanya.

Pelancaran ekspo disempurna-kan Menteri Perdagangan Industri dan Antarabangsa, Datuk Seri Mustapa Mohamed di Kuala Lumpur, semalam. William berkata, persidangan itu menggabungkan beberapa aktiviti interaktif dan berlangsung dari 28 hingga 30 Jun di pusat pameran ekspo dengan penglibatan institusi kewangan, vendor teknologi maklumat (IT), syarikat telekomunikasi,
pembekal perkhidmatan Internet, penasihat perniagaan, syarikat media dan agensi kerajaan

No comments: