Thursday, May 16, 2013

TM komited jadi pemangkin PKS

JOHOR BAHRU 15 Mei - Telekom Malaysia Bhd. (TM) komited untuk menjadi pemangkin utama bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS), sekali gus mempertingkatkan nilai produknya dalam pasaran tempatan dan global.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130516/ek_04/TM-komited-jadi-pemangkin-PKS
Published: May 16, 2013

Naib Presiden Eksekutif TM (PKS), Azizi A. Hadi berkata, perkara tersebut mampu dicapai menerusi pelbagai produk TM berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang diperkenalkan bagi kegunaan peniaga segmen PKS.

Menurutnya, hingga kini pihaknya mempunyai lebih 500,000 pelanggan dan penyertaan PKS diyakini meningkat menerusi produk ditawarkan TM yang terbukti berkesan apabila ada yang telah mampu melebarkan perniagaan ke luar negara.

"Kita percaya dengan pelbagai produk disediakan TM ini mampu membantu peniaga PKS memperluaskan perniagaan mereka dan pada masa sama meningkatkan produktiviti yang diyakini membantu memperoleh pulangan lebih baik.

"Salah satu cara kita mendekati mereka adalah dengan menganjurkan pameran TM SME BizFest 2013 ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Naib Presiden Jualan SME TM, Khaidhir Elias dan Naib Presiden TM negeri, Mohd. Roslan Mohd. Rashidi.

Program sehari bertemakan Expanding Further itu menyasarkan pengeluar besar-besaran PKS termasuk yang beroperasi dari rumah dengan negeri ini menjadi lokasi pertama diikuti program di Selangor dan Kuching, Sarawak pada bulan depan.

Azizi berkata, menerusi penganjuran TM SME BizFest 2013 itu, pelbagai produk penyelesaian perniagaan dan perhubungan yang ditawarkan oleh TM serta rakan niaganya dipamerkan dalam usaha menarik minat lebih ramai pelanggan.

"Pameran ini merupakan penganjuran kali kedua selepas kejayaan pertama tahun lalu. Pada kali ini juga kita bekerjasama dengan SME Corp dalam usaha meuar-uarkan produk kita yang mampu memberi penyelesaian mudah kepada peniaga PKS.

"Kita menggunakan pendekatan - kini berniaga lebih mudah dengan menawarkan pelbagai produk yang direka untuk meningkatkan produktiviti menerusi penggunaan ICT yang dilihat mampu mendekati pembeli lebih cepat," katanya.

No comments: