KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Kementerian Sains, Teknologi dan
Inovasi (MOSTI) mahu lebih banyak perusahaan kecil dan sederhana (PKS)
memanfaatkan skim TechnoFund untuk mengkomersilkan penemuan
penyelidikan dan pembangunan (R&D) mereka.
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=950995
Published: May 21, 2013
Ketua Unit Pengurusan Dana, Bahagian Perancangan Strategik Suhaimi
Hamzah, berkata tujuannya adalah untuk menggalakkan PKS, yang mewakili
99 peratus perniagaan di negara ini, untuk menjalankan lebih banyak
R&D dan menghasilkan produk dan teknologi yang lebih baik.
TechnoFund, diperkenalkan pada 2006, menyasarkan untuk mendorong pertumbuhan dan inovasi di kalangan PKS Malaysia.
"Saya rasa ramai usahawan tidak tahun tentang dana ini kerana kami
masih ada banyak peruntukan di bawah skim ini," katanya kepada Bernama
pada Persidangan Biomass Asia 2013.
Beliau berkata dana itu, untuk prapengkomersilan dan pembelian hak
intelek(IP, mempunyai pembiayaan maksimum masing-masing RM5 juta dan RM2
juta.
Beliau berkata kementerian itu bercadang mengadakan jerayawara pada Jun untuk memperkenalkan tabung itu.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment