KEMAMAN, 18 Mei (Bernama) -- Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
cawangan Terengganu menyasar jualan sebanyak RM800,000 sepanjang Promosi
Kraf Malaysia 2013 di Mesra Mall di sini mulai semalam hingga 27 Mei
ini.
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=950557
Published: May 19, 2013
Pengarahnya Khairul Hafizi Naharuddin berkata pihaknya yakin dapat
mencapai sasaran itu berikutan jualan sepanjang promosi tahun lepas
mencecah RM502,700 untuk tempoh lima hari promosi.
"Pada asalnya, kita hanya sasar jualan sebanyak RM250,000 sepanjang
promosi tahun lepas, tetapi jumlah yang diperolehi jauh lebih besar dan
ini membuktikan betapa hasil kraftangan Malaysia sangat diminati ramai.
"Malah maklum balas yang diterima dari usahawan yang menyertai promosi
kali ini sangat memberangsangkan dan permintaan untuk menyertainya
meningkat kepada 54 usahawan berbanding 21 usahawan tahun lepas,"
katanya kepada Bernama Sabtu.
Antara usahawan yang mengambil bahagian terdiri daripada usahawan
tekstil yang berupa batik dan songket, hasil rimba, aksesori wanita,
logam dan tembikar.
Pengunjung juga teruja dengan promosi ini yang mempamer pelbagai
barangan yang menarik minat mereka yang selama ini promosi lebih banyak
diadakan di pusat kraf di Kuala Lumpur.
Nur Atiqah Ahmadi, 31, berkata promosi ini memberi ilham kepadanya
untuk menghiasi rumahnya dengan barangan kraf pada hari raya nanti.
"Saya teruja melihat dekorasi hasil dari tembikar dan ukiran kayu yang
sangat cantik dan mempunyai ciri-ciri tradisional yang sesuai dihias di
rumah kerana ia sentiasa relevan sepanjang zaman.
Syafiqah Hanum, 25 pula tertarik dengan demonstrasi anyaman dan mencanting batik.
"Biasanya saya hanya lihat di kaca televisyen. Tetapi hari ini dapat
buat sendiri, memang seronok. Tambahan pula banyak aksesori wanita dan
sutera yang sudah siap dijahit yang dijual serendah harga RM280,"
katanya.
Turut diadakan ialah persembahan kebudayaan, pendidikan kraf, mewarna batik blok dan mengukir kayu.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment