Bangi: The Spot Cafe & Cupcakery meletakkan sasaran untuk membuka lebih banyak cawangan dalam tempoh dua hingga tiga tahun lagi selepas berjaya mengukuhkan jenama berkenaan untuk pasaran di Lembah Klang.
Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tambahkedai/Article/index_html
Published: May 26, 2013
Pengasasnya, Farah Najwa Abd Majid berkata, walaupun baru memulakan operasi tidak sampai setahun, namun pihaknya yakin konsep kafe yang diketengahkan akan mendapat sambutan khususnya dalam kalangan penggemar kek cawan.
“Kafe ini mula dibuka sejak tujuh bulan lalu dan kami aktif menjalankan promosi melalui laman sosial. Setakat ini, kami mendapat maklum balas positif daripada pelanggan dan menerima banyak tempahan khususnya pada hujung minggu,” katanya kepada Bisnes Metro di sini, semalam.
Menurutnya, pihaknya menawarkan 15 perisa setiap hari dan ia akan ditukar mengikut kesesuaian. Antara perisa yang ditawarkan ialah Red Velvet, Marshmallow Chocolate, Blueberry Cheese, Caramel Cheese dan Boston Cream Pie.
FARAH Najwa menunjukkan sebahagian daripada kek cawan
yang dihasilkan di The Spot Cafe & Cupcakery.
Malah, pihaknya juga turut mengetengahkan kuih tradisional seperti
Puteri Ayu dan ondeh-ondeh yang diubah ke dalam bentuk kek cawan.
Farah Najwa berkata, kek cawan yang ditawarkan berbeza dengan
kebanyakan kek cawan yang ada di pasaran kerana ia kurang manis dan
lebih digemari pelanggan.
“Kebanyakan pelanggan memberikan
reaksi positif dengan perisa dan rasa kurang manis kek cawan yang kami
tawarkan dan kami juga merancang untuk meneruskan konsep ini.
“Malah, kami juga sering melakukan percubaan untuk mengolah lebih banyak
perisa dan rekaan bagi menyuntik kelainan dalam kek cawan yang
dihasilkan setiap hari,” katanya.
Menurutnya, selain kek cawan,
pihaknya turut menawarkan menu lain seperti makanan barat yang boleh
dinikmati di kafe berkenaan.
“Kami tidak hanya menyediakan kek
cawan sebaliknya turut menawarkan menu sampingan lain. Tetapi, kek cawan
adalah produk utama kami,” katanya.
Dibuka dari jam 12 tengah
hari hingga 8 malam, The Spot Cafe & Cupcakery menawarkan
perkhidmatan tempahan khas dan penghantaran untuk lokasi berdekatan.
Kek cawan yang ditawarkan dijual bermula pada harga RM4.30 dan pek enam biji pada harga RM25 serta pek 12 biji RM49.
No comments:
Post a Comment