Wednesday, May 29, 2013

SME Bank, Kazakhstan bekerjasama

BANK Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia Bhd (SME Bank) menjalankan kerjasama dengan Tabung Pembangunan Keusahawanan Kazakhstan (Damu) untuk bertukar pengalaman dan pengetahuan dalam pinjaman kewangan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/sme-bank-kazakhstan-bekerjasama-1.165050
Published: May 29, 2013

Perjanjian yang ditandatangani semasa Forum Ekonomi Global Astana di Kazakhstan itu juga menjadi platform kedua pihak berbincang mengenai model pinjaman sesuai selain produk kewangan dan bukan kewangan baru yang boleh diperkenalkan untuk menyokong PKS.

Menurut SME Bank dalam satu kenyataan, Damu juga menunjukkan minat mendalam untuk mempelajari bidang pembiayaan Islam bagi PKS untuk diaplikasikan di Kazakhstan.

Damu adalah organisasi yang menyediakan bantuan kewangan kepada PKS melalui beberapa program di Kazakhstan dengan matlamat utama untuk mengatasi kesan pengurangan pinjaman kewangan kepada industri itu.

Ikatan baru antara SME Bank dan Damu itu juga menawarkan peluang bertukar maklumat secara terus dalam bidang khusus seperti latihan keusahawanan selain membina keupayaan kakitangan bagi kedua pihak dengan mengadakan program pertukaran pekerja.

"Kerjasama ini juga akan memberikan maklumat berguna kepada PKS di kedua negara yang merancang untuk menerokai pasaran baru dan mengembangkan jaringan perniagaan khususnya dalam industri minyak dan gas yang menjadi fokus kedua negara," menurut SME Bank.

No comments: