PUTRAJAYA, 29 Mei (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), menyasarkan nilai transaksi RM31.2
juta menerusi Ekspo Perniagaan Malaysia-Indonesia (MIBEX) 2013.
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=952807
Published: May 30, 2013
Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata ekspo yang akan mengetengahkan
usahawan francaisor itu akan berlangsung dari 31 Mei hingga 2 Jun di
Jakarta, Indonesia.
"Ia akan disertai 10 francaisor dalam bidang makanan, kecantikan dan
juga pakaian, selain lima syarikat jualan langsung, tiga koperasi dan
perniagaan lain," katanya pada sidang media di sini Rabu.
Katanya ekspo itu akan memberi peluang kepada usahawan francaisor
membina rangkaian perniagaan yang lebih luas memandangkan produk
keluaran Malaysia diterima baik di Indonesia.
Sementara itu, katanya Perbadanan Nasional Berhad (PNS) telah menerima
anugerah "Outstanding SME Developement Award: Franchise Developmnet
Programme" oleh Persatuan Institusi Pembangunan Kewangan Asia dan
Pasifik (ADFIAP) dalam satu majlis di Ulaanbaatar, Mongolia, 22 Mei
lepas.
Hasan berkata anugerah itu berdasarkan kejayaan PNS dalam sektor
francais termasuk akses kepada skim pembiayaan francais serta
pembangunan modal insan melalui skim latihan francais.
ADFIAP, sebuah badan NGO dalam status rundingan bersama Majlis Ekonomi
dan Sosial Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, ditubuhkan untuk
menggalakkan pembangunan mampan menerusi 131 ahlinya di 45 negara dan
wilayah.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment