Friday, May 24, 2013

Anugerah Putra jadi kayu pengukur

Kuala Lumpur: Persatuan Ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As) menganjurkan Anugerah Jenama Putra untuk terus mengiktiraf kecemerlangan jenama dalam kalangan syarikat dan pengusaha kecil dan sederhana (PKS) Malaysia.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/AnugerahPutrajadikayupengukur/Article/index_html
Published: May 24, 2013

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Dr Wong Lai Sum berkata, organisasi pemasaran mula mengiktiraf Anugerah Jenama Putra sebagai kayu pengukur boleh dipercayai untuk membezakan jenama utama di negara ini.

Katanya, dalam tempoh empat tahun lalu, pihaknya menggunakan saiz sampel 6,000 pengguna dengan memilih orang lain setiap tahun untuk meninjau keberkaitan jenama dan inilah membezakannya.

“Semua jenama perlu beri tumpuan pengiklanan sebagai kaedah utama meningkatkan jualan, bina identiti boleh dipercayai dan meraih keyakinan pengguna,” katanya.

No comments: