KOTA KINABALU, 20 Mei (Bernama) -- Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman
menyambut baik peranan Persatuan Usahawan dan Profesional Wanita Sabah
(Swepa) dalam mengukuh bidang profesionalisme dan perniagaan di negeri
ini.
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=950751
Published: May 21, 2013
Source from (The Malaysian Insider): http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/swepa-dipuji-tingkat-usahawan-dan-profesional-wanita/
Published: May 21, 2013
Beliau berkata ini jelas dari komitmen Swepa dalam membentuk kemahiran
anggotanya dengan mengadakan persidangan dan konvensyen mengenai topik
yang relevan dan penting termasuk Program Keusahawanan Swepa 101.
"Ini merupakan contoh yang baik badan bukan kerajaan berkhidmat untuk
ahlinya dan menyumbang kepada masyarakat selari dengan misi dan visi
persatuan.
"Ini akan membantu kita untuk bersama mewujud ekonomi yang lebih vibran
di Sabah. Saya mengucapkan tahniah kepada kerja kuat kamu dan saya
berharap kamu akan terus melakukan aktiviti dinamik untuk ahli-ahli,"
katanya semasa berucap pada majlis makan malam ulang tahun ke-20 Swepa
di sini malam tadi.
Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Datuk Jainab Ahmad Ayid.
Musa berkata Swepa memainkan peranan berkesan bukan sahaja dalam
mempromosi hak wanita dalam perniagaan tetapi juga menyumbang kepada
ekonomi.
"Ia juga sebagai platform untuk ahli memberi pendapat mengenai cabaran
yang mereka hadapi dan cadangan yang mungkin mereka ada. Ini sebabnya
Swepa menjadi terkenal ketika ini.
"Swepa sentiasa memberi maklum balas kepada kerajaan mengenai penyertaan
wanita dalam membuat keputusan dan kamu telah memberi idea bagaimana
kerajaan boleh meningkat aspek berkaitan kesejahteraan wanita," katanya.
Musa memberi jaminan kepada Swepa bahawa kerajaan negeri mengambil kira keprihatinan dan perkara yang dikemukakannya.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment