Friday, May 24, 2013

Persidangan Pemasaran Dunia 2013 dijangka tarik 2,500 delegasi

KUALA LUMPUR 23 Mei - Seramai 2,500 delegasi dijangka menghadiri Persidangan Pemasaran Dunia Malaysia 2013 (WMSM2013) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 28 hingga 30 September ini.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130523/ek_10/Persidangan-Pemasaran-Dunia-2013-dijangka-tarik-2500-delegasi
Published: May 24, 2013

Pengerusi World Marketing Summit (Malaysia) Sdn. Bhd., Marceline Lemarie berkata, persidangan selama tiga hari berkenaan akan menghimpunkan 40 penceramah yang berpengalaman luas dalam bidang pemasaran dunia.

"Penganjuran persidangan ini bertujuan memberi pendedahan mengenai kepentingan pemasaran kepada generasi muda di Malaysia dan juga kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

"Hadirin akan didedahkan dengan pelbagai pengalaman berguna daripada penceramah untuk dijadikan motivasi dan pendorong untuk berjaya pada masa depan," katanya. - UTUSAN ONLINE

No comments: