KUALA TERENGGANU, 12 Jan (Bernama) -- Kilang Tepung Keledek (Vitato)
Kampung Tembila, Besut Terengganu, bernilai lebih RM4.7 juta telah siap
dibina 100 peratus dan akan memulakan proses pengeluaran tepung vitato
pada minggu pertama bulan April depan.
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=921179
Published: January 13, 2013
Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu (PPNT) Shawaludin
Ahmad berkata sekarang ini kerja-kerja untuk memasukkan mesin dan
lain-lain peralatan akan dilakukan oleh Mardi akhir bulan ini.
"Pemasangan alat pengering dan alat pengisar yang dikenali sebagai
Ceren Miller akan dilakukan selepas kilang itu ada bekalan eletrik
minggu kedua bulan Mac," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata alat pengering itu akan dipasang oleh pakar dari China
manakala alat pengisar atau Ceren Miller pula akan dipasang pakar dari
Jepun.
Katanya kilang itu mampu mengeluarkan 1.0 tan metrik tepung vot sehari
melalui pemprosesan 4.0 tan vitato mentah sehari atau 80 hingga 120 tan
metrik sebulan.
Shawaludin berkata Syarikat Nestle dari Singapura berminat untuk
membeli tepung vitato dan mereka dijangka datang melawat kilang itu
selepas Tahun Baru Cina nanti.
Pihaknya, katanya akan membeli vitato dari para penanam vitato di
sekitar daerah Besut untuk menampung keperluan kilang dengan harga
berpatutan.
Namun begitu, PPNT akan mewujudkan ladang mini estet vitato seluas 33.5
hektar di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Rhu Tapai, Besut
sebagai sumber utama bekalan berterusan vitato ke kilang itu pada masa
depan.
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) telah pun meluluskan peruntukan
RM300,000 untuk membangunkan kawasan tersebut, yang dijangka ditanam
mulai Mei ini.
"Kita akan majukan kawasan itu peringkat demi peringkat, dan pada
peringkat permulaan ini, kita akan majukan seluas 10 hektar dahulu,"
katanya.
Menurut Shawaludin ladang mini estet itu mampu mengeluarkan 20 tan
metrik vitato setiap hektar dan sekali gus mampu menjana ekonomi PPNT
pada masa depan.
Mengikut perancangan, kilang ladang mini estet vitato itu nanti akan
membuka banyak peluang pekerjaan seperti pengurus kilang, juruteknik,
buruh dan lain-lain kepada rakyat negeri Terengganu.
Shawaludin berkata kilang seluas 30x15 meter persegi itu mula dibina
pada 2010 dengan kos pembinaannya dibiayai bersama kerajaan negeri
sebanyak RM1.5 juta dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi RM3.775
juta.
Kilang tersebut akan diserahkan kepada PPNT pada 15 Januari ini, katanya.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment