KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Kebimbangan terhadap kadar kegagalan
dalam kalangan usahawan Malaysia menurun dengan ketara sejak empat tahun
lepas kepada 36 peratus pada 2012 daripada 65 peratus pada 2009.
Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Semakinberani//Article/index_html
Published: January 18, 2013
Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Tahapkebimbanganusahawanmenurun/Article
Published: January 18, 2013
Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20130118/ko_01/Usahawan-tidak-lagi-bimbang-gagal
Published: January 18, 2013
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=922298
Published: January 18, 2013
Ahmad Husni Hanadzlah (kanan) melancarkan Laporan GEM 2012 di Kuala Lumpur, semalam.
Kadar itu adalah berasaskan kajian ke atas 2,000 orang dewasa di negara
ini seperti yang dilaporkan dalam Pemantauan Usahawan Global (GEM) 2012.
Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata trend
itu menunjukkan program keusahawanan sedang dibentuk dan memberi tumpuan
ke atas peluang-peluang tersedia, dan pada masa yang sama memberi
isyarat mengenai kadar peningkatan inisiatif inovasi dan meningkatkan
kedudukan ekonomi negara.
Memetik Laporan Global 2012 GEM, beliau berkata kadar aktiviti
keusahawanan peringkat awal Malaysia sejak tahun lepas meningkat kepada
tujuh peratus berbanding 4.4 peratus pada 2009.
Peningkatan itu katanya adalah selari dengan kedudukan di Malaysia di
mana perniagaan negara kini lebih mampan berbanding empat tahun lepas.
Husni berkata kadar kejayaan perniagaan baharu melepasi 42 bulan,
meningkat kepada tujuh peratus pada 2012 berbanding 4.2 peratus pada
2009, mengatasi negara seperti United Kingdom (enam peratus) dan Jerman
(lima peratus).
"Peningkatan ini yang sebahagian besarnya didorong oleh peluang
keusahawanan dipacu peningkatan berbanding keusahawanan dipacu
keperluan, sangat menggalakkan," katanya pada pelancaran Pemantauan
Keusahawanan Global 2012, di sini pada Khamis.
"Kami sudah pasti memperakui hakikat bahawa kadar pengekalan Korea
Selatan ialah 10 peratus dan China 12 peratus. Ini sesuatu yang perlu
kita tingkatkan," katanya.
Untuk itu kerajaan memberikan perhatian yang lebih ke atas usaha
meningkatkan keupayaan usahawan seperti melaksanakan pelbagai langkah
menerusi khidmat nasihat, bimbingan, latihan dan pembiayaan menerusi
agensi kerajaan, termasuk Cradle Fund Sdn Bhd, SME Corp, Malaysian
Biotechnology Corp dan Multimedia Development Corp.
Beliau berkata agensi kementerian itu dan kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri telah meluaskan status usahawan tempatan dan
seterusnya mewujudkan persepsi positif keusahawanan sebagai satu
kerjaya.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment