Az-One Industry Sdn Bhd yakin mencapai jualan produk RM2 juta menjelang hujung tahun ini. Pengerusinya, Abdul Aziz Hassan berkata, dengan memiliki 15 stokis,
sebuah cawangan dan hampir 1,000 pengedar produk, keuntungan diperoleh
syarikat amat memberangsangkan.
Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/az-one-sasar-jualan-cecah-rm2j-1.125071
Published: January 25, 2013
“Buat masa sekarang, syarikat mengeluarkan 63 produk sedia ada termasuk jus, kordial, kopi nanas, teh nenas dan lain-lain.
“Selain produk sedia ada, syarikat turut melancarkan produk baru
seperti kopi nanas dan teh nanas dengan formula baru, kopi nanas dengan
kolagen serta teh nanas dengan kolagen,” katanya kepada Sinar Harian.
Abdul Aziz berkata, syarikat merancang untuk menambah pengeluaran dan memasarkan produk dengan lebih agresif.
“Pada masa hadapan, syarikat juga bercadang untuk mewujudkan kilang memproses bahan mentah sendiri,” katanya.
Dengan slogan 'Kepuasan Anda Adalah Jaminan Kami', Az-One Industry
menjamin produk yang dihasilkan halal, murah, berkualiti dan bermutu
dengan status pengiktirafan yang diperoleh daripada pihak HACCP.
Menurutnya, produk sedia ada pasti menjadi pilihan pelanggan melalui
gabungan formulasi produk yang cukup unik, berkhasiat dan sedap untuk
dinikmati seluruh keluarga.
No comments:
Post a Comment