KUALA LUMPUR - Idea menubuhkan Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) bangga menjadi institusi kewangan pembangunan pertama yang bertapak di negara ini pada tahun 1960 dan kini MIDF telah berkembang sebagai sebuah kumpulan kewangan yang bersepadu dengan tiga perniagaan teras iaitu Perbankan Pelaburan, Kewangan Pembangunan dan Pengurusan Dana.
Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/nasional/midf-bantu-perkasa-pks-siswa-1.125823
Published: January 28, 2013
SME-University Internship Championship sebagai pendedahan perniagaan kepada siswa.
Kakitangan MIDF menyertai PJJDdi Kota Bharu, Kelantan.
Selain memainkan peranan sebagai institusi kewangan pembangunan yang bertanggungjawab membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS), MIDF sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) turut aktif dalam semua inisiatif dan program-program outreach yang dianjurkan MITI serta agensi-agensi dibawahnya.
MIDF turut serta dalamshowcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) dari 7 hingga 9 Disember 2012 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC). SDSI edisi 2012 tersebut telah berjaya menarik lebih kurang 135,000 pengunjung.
Selain menyediakan kaunter maklumat, MIDF turut mengambil bahagian di dalam klinik perniagaan yang dianjurkan MATRADE. Melalui klinik tersebut, pengusaha berpeluang mendapatkan khidmat nasihat perniagaan secara one-to-one dari MIDF. MIDF turut menaja hadiah bagi pengunjung bertuah sepanjang showcase tersebut berlangsung.
Selain turut serta dalam showcase seperti SDSI, MIDF turut diberi peluang tampil sebagai salah satu penaja dalam SME-University Internship Championship.
Program tersebut merupakan satu platform bagi universiti yang terlibat untuk menampilkan siswa-siswa yang dapat memulihkan syarikat serta menunjukkan pulangan pelaburan yang terbaik.
Inisiatif tanggungjawab sosial korporat MIDF berlandaskan pendidikan dan MIDF memuji usaha SME Corp. untuk melibatkan universiti dalam program tersebut yang memberi peluang kepada anak-anak muda untuk menonjolkan bakat mereka.
Dengan adanya program sebegini, bukan PKS saja yang dibantu, malah memberi pendedahan kepada siswa-siswa universiti yang bakal memulakan karier masing-masing dalam masa yang terdekat. Sebagai syarikat korporat yang prihatin, MIDF akan meneruskan peranan untuk menyediakan generasi muda dengan peluang-peluang seperti program anjuran SME Corp ini.
Tahun 2013 juga dimulakan dengan penyertaan MIDF dalam Program Jelajah Janji Ditepati (PJJD) anjuran MITI yang bertempat di Kota Bharu, Kelantan pada 19 dan 20 Januari ini.
Program yang bertemakan karnival rakyat tersebut merupakan platform untuk rakyat berinteraksi dengan pihak kerajaan dan pelbagai kementerian secara langsung, ianya turut juga menyediakan pelbagai aktiviti dan tarikan menarik seperti persembahan konsert daripada artis-artis tanah air, gerai-gerai jualan oleh peniaga-peniaga tempatan dan banyak lagi.
Bersempena dengan PJJD, MIDF turut sama menyertai program tersebut bagi meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia akan kemudahan pembiayaan yang ditawarkan MIDF untuk membantu perniagaan-perniagaan usahawan PKS dan syarikat-syarikat tempatan dalam memperkembangkan operasi dan perniagaan mereka.
Para pengunjung PJJD juga berpeluang untuk mendapatkan maklumat mengenai skim pinjaman kerajaan yang dilaksanakan oleh MIDF yang direka khusus untuk membantu usahawan PKS malahan mereka juga berpeluang untuk meminta input serta idea mengenai sebarang kemusykilan dan masalah yang dihadapi oleh mereka.
No comments:
Post a Comment