Saturday, January 5, 2013

Cabaran getir pemain PKS

INSTITUT Pemasaran Malaysia (IMM) melihat pemain perindustrian kecil dan sederhana (PKS) bakal berhadapan cabaran persaingan dalam perniagaan sekiranya tidak memfokuskan kepada segmen pembangunan dan penyelidikan (R&D) bagi menghasilkan produk berkualiti.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/CabarangetirpemainPKS/Article/index_html
Published: January 05, 2013

Menerusi latihan pemasaran yang dilaksanakan IMM, kebanyakan peserta PKS hanya fokus kepada segmen pulangan modal perniagaan berbanding menghasilkan produk diperlukan pengguna yang mementingkan kualiti dan harga lebih berdaya saing.

Presidennya, Datuk Sharifah Mohd Ismail berkata, pemain PKS perlu mengeluarkan dana pelaburan bagi tujuan R&D dalam menghasilkan produk berkualiti untuk lebih berdaya saing.

No comments: