KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Lebih 100 produk pelajar institusi
kemahiran di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang berpotensi
dipasarkan di peringkat global akan dipatenkan dalam tempoh tiga bulan
lagi.
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=923788
Published: January 24, 2013
Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) Mara Datuk Mohd Rosdi Ismail
berkata agensi itu turut menubuhkan sebuah unit Inovasi yang
bertanggungjawab memperkukuhkan lagi hasil produk pelajar untuk
dikomersil.
"Produk yang kami akan patenkan bukan tertumpu pada barangan contohnya
perabot sahaja tetapi merangkumi industri penghasilan makanan serta
perkhidmatan," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar Majlis
Pelancaran Karnival Tekno Usahawan Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM)
dan Institusi Kemahiran Mara (IKM) 2013.
Mohd Rosdi berkata Mara akan menyediakan tempat jualan produk yang
dipaten bagi memastikan hasil kerja inovatif pelajar mendapat sambutan
yang lebih global dan berdaya saing.
Sementara itu Mohd Rosdi berkata Mara menyediakan peruntukan pinjaman
sebanyak RM500 juta tahun ini kepada usahawan bumiputera dalam usaha
melahirkan 500 usahawan berstatus jutawan menjelang lima tahun lagi.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment