ALOR SETAR, 14 Jan (Bernama) -- Jati Bestari Sdn Bhd (Jati Bestari),
yang mengenal pasti lebih 400 tempat strategik di seluruh negara,
mempelawa usahawan tempatan merebut peluang menceburi perniagaan Ayamazz
Roti Impit secara Francais.
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=921545
Published: January 15, 2013
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Uzir Abdul Samad berkata, dengan bermodalkan
antara RM40,000 dan RM118,000, francais itu menawarkan pulangan
memuaskan kepada usahawan yang sanggup memberi komitmen kepada
perniagaan.
"Kami yakin perniagaan ini sangat berpotensi kerana tempat-tempat yang
dikenal pasti cukup strategik, di samping strategi perniagaan, harga
produk tidak mahal dan berkualiti namun sedar pasaran terbuka sentiasa
ada persaingan.
"Kami akan membimbing dan memantau francaisi kami agar mereka tidak
tersasar dari matlamat," katanya kepada Bernama selepas memberi taklimat
kepada 30 ahli perniagaan dari kawasan Parlimen Kuala Kedah di sini
Isnin.
Ayamazz Sdn Bhd (Ayamazz), anak syarikat milik penuh KFC Holdings
(Malaysia) Bhd, melantik Jati Bestari dalam usahanya mengembangkan,
mengukuhkan dan memasarkan perniagaan Ayamazz Roti Impit serta membuka
lebih banyak cawangan di seluruh negara.
Menurut Uzir, kemunculan roti impit berkonsepkan snek makanan segera
dengan sentuhan ala barat dan tempatan di pasaran sejak setahun lepas
mendapat sambutan menggalakkan dari orang ramai adalah bukti perniagaan
ini berdaya maju.
Dalam tempoh setahun itu, katanya 25 kiosk Ayamazz Roti Impit dibuka
antaranya di LCCT, Centrel Market, Pudu Central, Carrefour, Wangsa Maju,
Metro Kajang Prima dan Aman Jaya Mall di Sungai Petani.
Lebih menarik, Jati Bestari berjaya mewujudkan 52 gerai tolak yang
beroperasi di kawasan kampus dan universiti dan kolej di seluruh negara
bagi memupuk graduan menjadi usahawan, kata Uzir.
"Kami percaya permintaan untuk Ayamazz Roti Impit di kiosk akan terus
berkembang melalui promosi, publisiti dan iklan berterusan dalam akhbar
dan media eletronik.
"Kami juga merancang mewujudkan banyak lagi kiosk bergerak menggunakan
van dan kereta tolak di setiap bandar dengan Jati Bestari sebagai
pelesen utama dengan kerjasama usahawan tempatan," tambahnya.
Uzir berkata program perniagaan Ayamazz Roti Impit dibuka kepada orang
ramai yang berminat termasuk badan-badan korporat dan badan-badan bukan
kerajaan yang inginkan pulangan jangka panjang.
Syarikat itu merancang meneroka pasaran secara agresif tahun ini,
dengan menyasarkan untuk membuka lebih 150 cawangan baharu di seluruh
negara, termasuk Sabah dan Sarawak, katanya.
Ayamazz Roti Impit atau Frank Buns' adalah konsep snek ambil dan pergi.
Ia tersedia dalam pilihan tiga rasa - keju, cendawan dan lada hitam.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment