Friday, January 11, 2013

Sasar 100 cawangan Ayamazz Roti Impit

Kuala Lumpur: Jati Bestari Sdn Bhd (www.ayamazz.com.my), syarikat yang dilantik untuk pemasaran dan operasi Ayamazz Roti Impit komited meneroka pasaran terbuka secara agresif tahun ini dengan menyasarkan pembukaan 100 lagi cawangan di seluruh negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Sasar100cawanganAyamazzRotiImpit//Article/index_html
Published: January 11, 2013

Ketua Pegawai Eksekutifnya Uzir Abdul Samad berkata, sejak Ayamazz Roti Impit dilancarkan pada 9 Februari 2012, sambutan diterima amat menggalakkan dan sehingga kini terdapat 25 cawangan dibuka.

Katanya, syarikat tidak hanya membuka peluang kepada individu yang ingin membuka cawangan Ayamazz Roti Impit, tetapi terbuka untuk persatuan, NGO atau koperasi.

“Ayamazz Roti Impit menawarkan program pelesenan pada kos berpatutan kepada semua warga negara Malaysia untuk memulakan perniagaan ini dan dari segi lokasi pula terdapat 400 tempat di seluruh negara yang dicadangkan kepada mereka yang berminat.

“Malah, terbaru kami turut menjalin usaha sama dengan Koperasi Pegawai Melayu Malaysia Berhad (Moccis) bagi membuka cawangan Ayamazz Roti Impit di lokasi pilihan mereka,” katanya pada sidang media selepas menandatangani perjanjian operator bersama Moccis di Kuala Lumpur, semalam.

No comments: