Sunday, March 10, 2013

Produk Kelantan Tembusi Pasaran Singapura, Kata Matrade

SINGAPURA, 8 Mac (Bernama) -- Produk dari Kelantan akan dijual di pasaran Singapura dan global berikutan kejayaan mesyuarat perniagaan antara syarikat-syarikat di negeri itu dengan pembeli dan pedagang di sini.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130309/ek_01/Produk-Kelantan-tembusi-Singapura
Published: March 10, 2013

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=933149
Published: March 10, 2013

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) membawa 13 syarikat dari Kelantan untuk mempromosi dan mengetengahkan produk asli Kelantan seperti serunding dan martabak raja, songket, batik, selain hasil kraf pada Pameran Produk Kelantan.

Pameran itu merupakan sebahagian daripapa promosi pelancongan yang dilancarkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamad pada Selasa.

Syarikat dari Kelantan itu membabitkan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang berjaya mengubah produk tradisi Kelantan yang diusahakan secara kecil-kecilan sebelum ini, sebagai barangan berkualiti eksport untuk pasaran dunia, kata Matrade dalam satu kenyataan.

Pameran itu mengetengahkan songket, produk tradisi mewah yang dipakai masyarakat Melayu semasa majlis perayaan, dijadikan pelbagai jenis tali leher, selendang dan beg hadiah.

Ada juga syarikat yang mengkomersialkan snek Kelantan dalam pakej menarik, siap untuk eksport.

Matrade mengatur 42 pertemuan perniagaan bersemuka antara firma Kelantan dan pembeli dan pedagang Singapura, yang juga dihadiri pengusaha pasar raya utama republik ini.

Kira-kira 400 orang mengunjungi pameran itu.

Menerusi mesyuarat perniagaan itu, Matrade berkata potensi jualan produk seperti batu permata, emas putih, keropok, serunding, sayur sejuk beku dengan kicap ikan, buah-buahan sejuk beku dengan sos manis dan pedas, tali leher songket, selendang, beg hadiah, kurma pek premium dan buah-buahan, jus sarang burung dan propolis, roti mandu dan set madu.

-- BERNAMA

No comments: