Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=936303
Published: March 22, 2013
Source from (Berita Harian): http://w1.bharian.com.my/bharian/articles/SMIDEXsasarpeningkatan/Article
Published: March 22, 2013
Pengerusinya Datuk Mohamed Al Amin Abdul Majid berkata, lebih banyak inisiatif baharu telah diwujudkan untuk mencapai tambahan jualan itu.
SMIDEX 2013 ke-16 itu akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 12-14 Jun, bersama dengan Persidangan PKS Asean-Korea pada 12-13 Jun.
Potensi jualan
Tahun lalu, SMIDEX menjana potensi jualan daripada padanan perniagaan bernilai RM247.46 juta berbanding RM194.7 juta pada 2011.
Mohamed Al Amin berkata, pameran tiga hari itu dijangka menarik 15,000 pengunjung.
“Setakat ini, 260 syarikat telah mengesahkan penyertaan mereka dan daripada jumlah itu, 40 syarikat adalah dari Itali, India dan Korea, yang akan mengisi ruang pameran antarabangsa,” katanya.
Beliau berkata, tahun ini SMIDEX akan menampilkan idea dan kitaran hayat perniagaan dan semua yang diperlukan oleh usahawan untuk mengetahui daripada permulaan perniagaan sehingga menjadi peneraju global. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment