Friday, March 1, 2013

Malaysia promosi produk halal di Korea Selatan

PERBADANAN Pembangunan Industri Halal (HDC) bekerjasama dengan dua institusi Korea Selatan untuk mempromosikan industri halal bermula di wilayah Gyeongbuk dan ke seluruh negara itu. Taman Tekno Gyeongbuk (GBTP) dan Institut Bio Industri Gyeongbuk (GIB) buat pertama kali menyertai kerjasama strategik dengan HDC untuk meneroka potensi pasaran halal serta memahami kepentingan sijil halal.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/malaysia-promosi-produk-halal-di-korea-selatan-1.135549
Published: March 01, 2013

"Ini adalah detik penting bagi HDC sebagai peneraju industri halal global untuk menembusi pasaran bukan Islam dengan menghasilkan kesedaran kepada syarikat Korea Selatan mengenai kepentingan dan manfaat produk dan perkhidmatan halal," menurut HDC dalam satu kenyataan, kelmarin.

Melalui kerjasama itu, HDC akan menawarkan khidmat nasihat, rundingan dan promosi industri halal di wilayah Gyeongbuk manakala GBTP dan GIB akan menyokong kerajaan wilayah itu untuk membantu syarikat Korea Selatan dalam proses mendapatkan sijil halal.

"Melalui sijil ini, syarikat Korea Selatan akan mampu meneroka pasaran produk Islam yang berkembang dengan cepat," menurut kenyataan itu.

Menurut HDC, Korea Selatan terkenal dengan pembangunan bioteknologi dan usaha sama itu boleh membantu syarikat Malaysia lebih inovatif dalam mendapatkan bahan mentah halal terutama bagi industri makanan dan kosmetik.

Pasaran halal dunia bernilai AS$2 trilion (RM6.18 trilion) dengan populasi umat Islam mencecah 1.8 bilion orang.

No comments: