Sunday, March 3, 2013

Kewujudan SME Bank Mampu Bangunkan Usahawan IKS Di Kelantan - Mustapa

KOTA BAHARU, 3 Mac (Bernama) -- Usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Kelantan perlu merebut peluang untuk memajukan perniagaan mereka dengan memanfaatkan kewujudan SME Bank di sini.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=931685
Published: March 03, 2013

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata pembukaan SME Bank di sini membuktikan komitmen tinggi kerajaan untuk membantu usahawan IKS maju sehingga ke peringkat global.

"Kerajaan Kelantan sudah pasti tidak mampu untuk membangunkan usahawan IKS, dan sebab itu kita tampil untuk membantu mereka agar lebih berdaya saing.

"Sebab itu berilah peranan kepada kerajaan Pusat untuk membantu di Kelantan, yang selama ini telah dilakukan oleh pelbagai agensi dan kementerian, bagi melihat kemajuan yang bakal dinikmati," katanya kepada pemberita selepas Merasmikan Pusat Enterpris SME Bank Kota Baharu, di sini Ahad.

Turut hadir Pengerusi SME Bank Datuk Gurmuri Hussain dan Pengarah Urusan SME Bank Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus.

Mustapa berkata setakat ini sebanyak RM456.7 juta pembiayaan telah diluluskan oleh SME Bank kepada 514 pemohon di Kelantan.

Terdahulu, Gurmuri berkata pusat enterpris itu adalah untuk memudahkan para usahawan dan bakal usahawan di negeri itu berurusan dengan mereka.

Setakat ini SME Bank telah beroperasi di lima pusat wilayah, 17 pusat enterpris dan dua pusat perniagaan di seluruh negara.

-- BERNAMA 

No comments: