PETALING JAYA, 18 Mac (Bernama) -- Perusahaan Kecil & Sederhana
(PKS) harus peka terhadap persekitaran perniagaan serta bijak meneroka
pasaran baharu untuk kekal kompetitif, kata bekas Menteri Perdagangan
Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz.
Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/mentaliti-pks-perlu-ditukar-1.140866
Published: March 19, 2013
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=935311
Published: March 19, 2013
Source from (The Malaysian Insider): http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/usahawan-melayu-jangan-terlalu-bergantung-kepada-status-bumiputera-rafidah-aziz/
Published: March 19, 2013
Rafidah ketika berucap semasa Bicara Perdana Inovasi
dan Transformasi PKS Dalam Cabaran Global, semalam.
Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz berkata, usahawan PKS perlu memahami perkembangan dalam setiap persekitaran perniagaan iaitu domestik, serantau serta antarabangsa dan menyesuaikan cara perniagaan mereka dengan faktor luaran.
“PKS di negara ini perlu menjadi pemimpin pasaran, dan bukan hanya menjadi pengikut. Contohnya jika hendak ke luar negara, kaji dulu budaya negara itu, kecenderungan pengguna di sana dan ubah produk untuk sesuaikan dengan pasaran negara luar,” katanya semasa Bicara Perdana Inovasi dan Transformasi PKS Dalam Cabaran Global di Petaling Jaya, semalam.
Rafidah berkata, PKS Bumiputera juga perlu mengubah mentaliti mereka dengan hanya bergantung kepada kerajaan kerana status istimewa itu.
“Sudah-sudahlah dengan mentaliti Bumiputera patut dibantu. Dari 40 tahun lepas saya asyik dengar benda yang sama, sampai bila lagi?
“Kerajaan buka pasaran melalui perjanjian bebas cukai, contohnya sekarang daripada 25 juta pelanggan domestik, PKS mempunyai 600 juta pelanggan serantau di seluruh Asia.
“Jadi kalau PKS masih tidak maju, silapnya bukan pada kerajaan atau persekitaran, tetapi usahawan sendiri. Mereka yang perlu kemas kini cara perniagaan mereka,” katanya.
Rafidah menambah, usahawan juga perlu mengubah sikap, bersedia menerima pandangan pekerja pada semua peringkat serta sanggup menjenamakan semula atau mengaplikasikan teknologi untuk memperbaiki perniagaan.
“Selain itu, ambil tahu apa kerajaan sediakan. Contohnya rundingan Perjanjian Trans-Pasifik dengan benua Amerika yang sedang berjalan sekarang ini ada unsur khas untuk PKS.
"Inilah pertama kali dalam sejarah rundingan perjanjian bebas cukai ada perbincangan khusus untuk PKS. Bayangkan kalau PKS kita boleh masuk pasaran benua Amerika,” katanya semasa majlis tersebut.
Program itu dianjurkan SME Corporation Malaysia bersama Persatuan Peniaga dan Usahawan Malaysia (Perdasama) bagi membantu usahawan Bumiputera mendapatkan tips dan strategi daripada Rafidah yang pernah memegang jawatan Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industri selama 21 tahun dari 1987 hingga 2008.
Sementara itu, Pengerusi SME Corp, Datuk Dr Mohamed Al Amin Abdul Majid menggesa usahawan menyertai pelbagai program disertai kerajaan sama ada melalui agensi itu atau institusi lain untuk meningkatkan keupayaan mereka.
“Kerajaan memperuntukkan dana tambahan RM600 juta kepada usahawan Bumiputera termasuk untuk pelan pelaksanaan program latihan pembangunan usahawan mikro di bawah SME Corp,” katanya.
No comments:
Post a Comment