Monday, March 11, 2013

Taman Halal Mara Demak Laut lonjak jualan usahawan bumiputera

KUCHING 10 Mac - Kawasan Industri Mara (KIM) Demak Laut yang ditransformasi menjadi Taman Halal Mara mampu melonjakkan purata jualan usahawan bumiputera sehingga mencecah RM7 juta setahun.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Sabah_&_Sarawak/20130311/wb_05/Taman-Halal-Mara-Demak-Laut-lonjak-jualan-usahawan-bumiputera
Published: March 11, 2013


JOSEPH Entulu Belaun (kiri) dan Wan Junaidi Tuanku Jaafar (dua dari kiri) 
serta Ibrahim Ahmad (tiga dari kiri) melihat model Taman Halal Mara 
Demak Laut di Kuching semalam.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Joseph Entulu Belaun berkata, usahawan di kawasan itu sebelum ini menjana hasil jualan purata lebih RM5 juta setahun.

"Selepas KIM dijadikan Taman Halal Mara, saya yakin daya saing para usahawan dapat ditingkatkan dan prestasi jumlah jualan mereka mampu meningkat sekitar 25 hingga 30 peratus, malah mungkin lebih berbanding sebelum ini.

"Bagi merealisasikan sasaran ini, pelbagai program latihan akan diperkenalkan bagi membantu usahawan menghasilkan produk halal yang bermutu tinggi," katanya ketika melancarkan Taman Halal Mara Demak Laut serta KIM Fest Kuching di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Mara, Datuk Ibrahim Ahmad; Naib Presiden Halal Industry Development Corporation (HDC), Dr. Malik Musharaf serta Ahli Parlimen Santubong, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Sementara itu, Ibrahim dalam ucapannya berkata, Taman Halal Mara merupakan proses penjenamaan semula KIM dengan kerjasama HDC bagi memperkasa usahawan bumiputera di negeri ini dalam bidang pembuatan serta pengeluaran produk halal.

Setakat ini kata beliau, taman tersebut yang dibina di atas tanah seluas 2.8 hektar menempatkan seramai 20 usahawan pelbagai produk makanan dan minuman kordial.

"Serentak dengan penjenamaan semula KIM menjadi Taman Halal, kita mengambil inisiatif menganjurkan KIM Fest Kuching sebagai langkah mempromosi produk keluaran para usahawan.

"Menerusi pesta ini, para usahawan dapat menjana nilai jualan sehingga RM100,000 dan berdasarkan sambutan menggalakkan orang ramai, kita bercadang untuk menjadikan KIM Fest Kuching sebagai acara tahunan," katanya.

No comments: